Kanta merupakan aspek yang paling penting dalam pembikinan cermin mata. Melalui kanta pembetulan rabun dilakukan.
Kini terdapat hampir lebih 50 jenis kanta di pasaran mengikut jenis dan jenama yang terdapat dalam pasaran. Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita memilih kanta mengikut kesesuaian dan keperluan kita.
Puncak Optometry melalui kakitangan kami yang mahir dan professional sedia membantu anda membuat pilihan yang tepat mengikut keperluan keperluan anda. Sila ke pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai info teknologi kanta terkini.
Description: A well-balanced face. Considered as the ideal type for frames.
Enhancement: If the face is full, it has to be lengthened. If it is thin, it should be broadened. Notice influence from other aspects of face as well.
Frame Choices: Any style frame looks good on this face shape. Glamorous cat eyes look especially good on oval faces.
Oblong or Rectangle Face Description: A long, narrow face with a square chin.
Enhancement: To shorten the face and add width, giving a rounder and fuller feel to the face.
Frame Choices: Round or oval designs that are not too small will shorten and soften this face shape. Decorative or contrasting temples will add width to the face.
Triangle Face Description: A narrow forehead where the face gradually becomes fuller at the cheek and chin area.
Enhancement: To add width to the forehead and to soften and slim the chin and cheek area.
Frame Choices: Rimless designs or frames that are heavily accented with colour and details on the top half. Cat eye shapes also work well.
Round Face
Description: A large, curved forehead with a rounded chin. The face looks full and has very few angles.
Enhancement: To narrow the face and add length.
Frame Choices: Use narrow frames with higher temple attachments. Rectangular frames also work well.
Square Face
Description: A wide forehead, cheek and chin area where the jaw is relatively angular in appearance.
Enhancement: To shorten the face and add width, giving a rounder and fuller feel to the face.
Frame Choices: Vintage round and rimless designs are good choices to balance out this face shape. Frames that have more width than depth and narrow ovals also work well.
Triangle Inverted or Heart Face
Description: The forehead is the widest part of the face, then gradually narrowing to a slightly pointed chin.
Enhancement: To make the forehead appear more narrow, and to add width to the chin and cheek area.
Frame Choices: Rimless designs balance out this face shape.
Diamond Face
Description: A small forehead and wide temple area that gradually decreases to a small chin area.
Enhancement: The challenge lies in extending the forehead and chin area by minimizing the temple area.
Frame Choices: Unobtrusive frames work best (metal or rimless). Light to medium weight frame. Lighter colour and rounded in shape. The styles that look best on this face shape are shallow ovals, geometric and rectangles.
Penjagaan mata perlu dilakukan sejak awal kerana cermin mata bukan penyelesaian
semua masalah.
RABUN jauh masalah yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak sekolah dan
remaja. Selalunya masalah ini dikesan pada awal usia persekolahannya tetapi
semakin serius pada usia remaja.
Masalah penglihatan itu mudah dibetulkan dengan cermin mata dan selalunya
stabil apabila usianya menjelang 20 tahun.
Masalah penglihatan bukan hanya rabun jauh tetapi termasuklah kabur,
penglihatan berganda dan penglihatan tidak selesa (seperti imej yang terherot
dan penglihatan yang kadang kala berwarna).
Selain itu, ada antara masalah penglihatan sebenarnya simptom kepada penyakit
lain seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit-penyakit mata dan masalah
saraf seperti kecederaan akibat kemalangan.
Secara umumnya, masalah penglihatan adalah rabun jauh. Secara perubatan rabun
jauh disebut myopia. Ia menjelaskan mengenai kesukaran melihat objek yang jauh.
Mereka yang rabun jauh, saiz bola mata adalah lebih panjang berbanding biasa
dari hadapan ke belakang.
Pada peringkat usia terlalu awal dan belum bersekolah, kanak-kanak tidak tahu
untuk memberitahu mengenai masalah penglihatannya.
Apatah lagi ia berlaku terlalu awal, dia sudah biasa dengan penglihatan begitu
dan menganggapnya normal. Justeru, ibu bapa harus peka dengan perlakuan anak.
Misalnya dia sukar menentukan jarak antara dirinya dengan objek di hadapan.
Perlu diketahui, rabun jauh lebih kerap terjadi kepada anak-anak yang lahir
dari pasangan yang rabun jauh juga. Masalah rabun jauh diwarisi dari keluarga
misalnya, ibu bapa yang rabun jauh. Tetapi bukan semua anak dari pasangan rabun
jauh akan mengalami masalah ini.
Rabun jauh bukan sekadar masalah yang diwarisi secara genetik tetapi
dipengaruhi juga dengan masalah persekitaran seperti menonton televisyen
terlalu lama, membaca dalam keadaan gelap dan persekitaran yang sempit.
Seperti kepercayaan orang dahulu kala, mata untuk persekitaran yang luas tetapi
kebanyakan kita membaca dalam ruang yang kecil. Justeru ia mengehadkan
keupayaan mata melihat.
Langkah Pencegahan
Justeru rabun jauh selalunya diwarisi, agak sukar untuk mencegahnya secara
keseluruhan. Tetapi ada beberapa langkah boleh meminimumkan.
# Buat pemeriksaan mata awal
# Jika tidak selesa untuk melihat televisyen dengan jarak jauh, mungkin sudah
mengalami rabun jauh dan perlu menjalani pemeriksaan.
# Ibu bapa harus peka pada rungutan misalnya dia tidak nampak apabila guru
menulis di papan hitam
# Penglihatan berkembar
# Mengadu pening jika membaca terlalu lama
Selalunya kanak-kanak, remaja atau dewasa dengan masalah rabun jauh akan
mengadu sakit kepala, sakit mata dan letih apabila cuba memfokus pada sesuatu
objek lebih beberapa kaki jauh daripadanya.
Lazimnya juga, penghidap rabun jauh mengadu sukar melihat objek yang jauh dan
akan cuba
merapati untuk melihatnya secara jelas. Jika menghadapi simptom ini, buat temu
janji dengan optometrist segera.
FAKTA
# Rabun jauh masalah genetik yang boleh dikesan menjelang usia persekolahan.
# Semakin serius menjelang usia akil baligh
# Selalunya menjelang 20 tahun, masalah rabun jauh sudah ditangani. Tetapi jika
rabun jauh makin serius, ia dikenali sebagai myopia on set/ lewat.
Optometris adalah satu cabang kerjaya professional yang berkelayakan dalam
mengesan anomali fungsi penglihatan dan dapat menghubungkan anomali ini dengan
pengetahuan sains. Optometris juga mempunyai kelayakan dalam menghindarkan
anomali fungsi penglihatan itu dengan menggunakan kanta, kanta sentuh, prism
dan latihan mata.
Oleh kerana Optometri adalah satu bidang pengkhususan dalam Sains Penglihatan,
Optometris juga berkemampuan menjadi pakar perunding dalam masalah penglihatan
cahaya dan warna di dalam industri, perkhidmatan jalan raya dan tentera.
Perkhidmatan optometri bermula di UKM sejak tahun 1979 apabila UKM membuka
polikliniknya di Jalan Raja Muda Kampus Kuala
Lumpur. Ekoran dari itu beberapa perkhidmatan
sub-bidang optometri seperti kanta sentuh dan penglihatan terhad telah
diperkenalkan buat pertama kalinya di negara ini.
Perkhidmatan optometri yang disediakan telah berjaya merubah perkhidmatan
jagaan visual yang disediakan oleh UKM dengan menyediakan pusat one stop center
untuk menyelesaikan masalah mata dan penglihatan. Sehubungan dengan
perkembangan profesion optometri yang dirasakan perlu pada masa itu UKM telah
menawarkan kursus Optometri pada tahun 1982 dengan pengambilan seramai 10 orang
pelajar.
Hingga kini terdapat seramai 500 graduan optometri UKM yang telah lulus dan
mengamalkan profesion mereka.
Kursus UKM telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai satu kursus
professional; dan pengamalan optometri telah termaktub dalam Akta Optik 1991
dan dikawal oleh Majlis Optik Malaysia.
Perkhidmatan Optometri di sektor awam pula telah dimulakan pada tahun 1985
apabila 5 orang graduan optometri telah ditawarkan berkhidmat di hospital
kerajaan. Mereka merupakan kumpulan perintis UKM dalam bidang optometri Di
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Buat masa ini terdapat lebih kurang 30 orang optometris berkhidmat di hospital
kerajaan di seluruh negara.
Di sektor swasta praktis optometri telah berkembang dengan pesatnya terutama
selepas 1985. Jelas kelihatan semakin ramai graduan optometri lulusan UKM membuka
praktis optometri yang dipunyai sepenuhnya oleh syarikat bumiputra.
P/S : Sekadar renungan, mengapa ambil risiko
membiarkan mata anda diperiksa oleh mereka yg tidak berkelayakan. Sebelum
melangkah masuk ke mana2 kedai, pastikan di signboard tu sekurang-kurangnya ada
perkataan ''Optometrist'....
Puncak Optometry adalah sebuat pusat optometri bumiputera
graduan UKM yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia. Syarikat ini dimiliki
oleh 2 orang usahawan muda iaitu En. Shaza Naguib bin Shafie ( optometris ) dan
En. Zainal Abidin bin Hamzah. Mereka ini mempunyai pengalaman yang cukup luas
dalam bidang optometri dan optikal yang memberikan keyakinan untuk tertubuhnya
Puncak Optometri ini.
Puncak Optometri di tubuhkan pada tahun 2007 di Taman
Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Premis kami ini di lengkapi dengan pelbagai
peralatan pemeriksaan optometri dan barangan optikal terkini yang berkualiti
dengan harga yang berpatutan dan cukup memuaskan . Kakitangan kami yang terlatih
dan professional bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
semua pelanggan kami.
Visi utama kami adalah untuk menjadi peneraju dalam
memberikan perkhidmatan optometri dan jualan barangan optikal yang terbaik
serta memuaskan untuk semua pelanggan.
Kami turut memiliki unit pemeriksaan mata bergerak yang
menyediakan perkhidmatan optometri dan jualan barangan optikal terus ke tempat
anda. Selain itu, unit ini turut membuat khidmat komuniti dengan menjalankn
pemeriksaan saringan penglihatan ke sekolah-sekolah berhampiran.